KL Gangster adalah filem terbaru di pawagam yang akan ditayangkan pada 9 Jun 2011 selama 81 minit. Nampaknya bulan Jun penuh dengan filem-filem best! Transformers ada, X-Men First Class ada, Green Lantern ada, Po si Kung Fu Panda pun ada!
KL Gangster adalah filem aksi Melayu terbaru yang akan keluar nanti. KL Gangster di filemkan di bawah arahan Syamsul Yusof yang sebelum ini membintangi filem Khurafat, di mana dia juga adalah pelakon utama filem tersebut. KL Gangster memaparkan aksi pergaduhan realistik, aksi tembak menembak dan aksi kejar mengejar di kawasan bandar.
Jika dibanding dengan filem Kongsi, KL Gangster jauh lebih serius. Jika Anda meinat menonton aksi pergaduhan dan aksi kejar mengejar gaya anak jantan, filem KL Gangster sesuai untuk Anda. Watak utama dalam filem KL Gangster adalah lelaki bernama Malek (lakonan Aaron Aziz) manakala watak jahat di sini adalah Shark ( kenapa dia pakai nama jerung?) lakonan Syamsul Yusof. Jai adalah adik kepada Malek yang berpihak kepada Shark, watak Jai dalam filem KL Gangster di lakonkan oleh Adi Putra. Fuhh, first time nampak body Ady Putra. Seksi.
Sinopsis Filem KL Gangster 2011
Malek adalah seorang gangster yang baru bebas dari penjara setelah tamat menjalani hukuman selama 5 tahun. Malek mahu melupakan dunia gangster dan pergaduhan lalu memilih untuk menjalani hidup sebagai orang biasa dengan azam baru. Sekuat manapun Malek cuba lari dari dunia gangster, dunia hitam itu cuba mengejarnya untuk menarik Malek kembali semula ke kancah pergaduhan sesama gangster. Malek berusaha meredakan amukan Shark yang kini mahu menguasai kawasan Kuala Lumpur. Kemunculan semula Malek adalah ancaman paling hebat buat Shark kerana Shark merasakan Malek adalah halangan paling buat dia untuk muncul menjadigangster terhebat.
Lebih parah lagi, Jai iaitu adik kandung Malek kini berpihak kepada Shark dan menjadi orang kanan Shark yang paling setia. Sanggupkan Malek menumpaskan adik kandungnya sendiri? Berjayakah Malek menentang Shark? Bagaimana nasib Malek nanti?
Masihkah ada peluang untuk Malek memperbaiki dirinya?
Semua persoalan ini akan terjawap dalam filem KL Gangster nanti. Tak sabar nak menonton filem ni. Tatu di leher Syamsul Yusof nampak cantik.